cinta selepas nikah bukan bermakna tiada cinta sebelum nikah. saya tak cakap cinta sebelum nikah itu tak ada. perasaan cinta itu sememangnya wujud dalam hati setiap insan, apalagi bagi insan bernama Adam dan Hawa. Sukar untuk dielakkan.
Cuma cinta selepas nikah adalah lebih bermakna dari bercinta sebelum nikah. Ini adalah kerana kemanisan bercinta tersebut dapat dirasai lebih mendalam sekiranya bercinta selepas kahwin.
Cinta sebelum menikah hanyalah seperti menghisap madu di sarang lebah. Selepas kahwin, madunya sudah habis, dan mungkin akan membosankan pasangan. Tidak seperti bercinta selepas kahwin, memang terasa manisnya buat pasangan tersebut.
Haa.. mcm movie "Ayat-ayat Cinta" seronok kan?? Pasi semua wanita-wanita diluar sana menginginkan perkhawinan sebegitu.. alangkah bahagianya
Tapi zaman sekarang nie, mane ada fikir pasal perkhawinan macam tue, tapi, semuanya nakkan perkhawinan yang "GRAND". yela kan, nafsu semata-mata.
sekarang nie jugak ibu bapa bukannya benarkan anak dia kahwin awal. Alasannya " Ala, anak saya belom habis belajar lagi, tunggu la" ataupun " Ko dah cukup duit ker nak minang anak aku. Kalo ko ader dalam RM20k, baru kau boleh masuk minang anak aku ".
Alasan-alasan macam tue la yang menyebabkan anak-anak zaman sekarang sering mengambil keputusan yang mudah. sebab tue kite sering dengar diorang buat maksiat sebelum kahwin, ader anak sebelum kahwin, ini semua disebabkan pengaruh ibubapa yang menyekat kehendak anak-anak muda untuk meneruskan perhubungan mereka.
TETAPI, jangan mudah lupa, adakalanya, apa yang ibubapa kita buat, semuanya bersebab. Mereka taknak la kita hidup melarat, ibubapa kita semuanya menginginkan kebahagiaan untuk kita. Bukan mereka tidak menerima pilihan kita, tetapi mereka menginginkan kita bahagia bukan untuk pada masa sekarang, tetapi untuk selamanya. Bukan senang ibubapa kita membesarkan kita dari kecil sampai besar. INGAT!
No comments:
Post a Comment